Sponsored Advertiser

Translate to Your Language

English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic

Tuesday, November 16, 2010

Rahsia Di Dalam Kaabah

Assalamualaikum wbt..Saya ingin mengucapkan Selamat hari Raya Aidiladha kepada semua... Mungkin Raya korban kali ni tidak semua dapat balik ke rumah bukan..Sebab cuti sehari je...Hmm, insyaAllah suatu hari nanti kita semua akan dapat menunaikan rukun Islam yang ke 5 ini iaitu menunaikan haji di Mekah..amin..


Aku tak pandai sangat nak menulis panjang-panjang ni sebenarnya..eheh, cuma kali ni aku nak share pulak tentang Rahsia dalam kaabah..bukan rahsia ape, cuma apa yang ada dalam kaabah tu je...hehe...Aku sertakan sekali info-info tentang dalam kaabah ni.. Nak baca abis, Click read more

Dalam gambar ni menunjukkan Raja Arab Saudi sedang melawat dalam kaabah ni..Hanya orang VIP
saja yang boleh masuk dalam kaabah ni...

 Struktur didalam kaabah
 Suasana dalam kaabah...Kalau dapat masuk dalam ni ok jugak...
 Raja Arab Saudi melawat kaabah
Pelan keadaan dalam kaabah...

Butiran lanjut tentang struktur dalam kaabah:
  1. Boleh muat sehingga 50 orang dalam satu masa
  2. Ada pintu satu
  3. Tiada tingkap
  4. Tiada eletrik dipasang
  5. Ada satu meja dibahagian tepi untuk diletakkan barang seperti minyak wangi dan pembakar dupa
  6. Semua bahagian lantai dari batu marmar kecuali satu bahagian yang dinamakan “Rukhamat Humra”.
  7. Ada 3 tiang sahaja,
  8. Pelita dibahagian atas syiling dari zaman Nabi lagi
  9. Bahagian atas dinding ditutp dengan kain hijau dihiasi dengan ayat-ayat Quran dari sulaman emas


Bawah ni aku sertakan video didalam kaabah.




Jika ada tersilap info, sila betulkan..terima kasih...Selamat menyambut Aidiladha...

http://tinyurl.com/affiliatenew

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...