Sponsored Advertiser

Translate to Your Language

English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic

Tuesday, November 23, 2010

AKU BENCI BLOG BERBAUR LUCAH


Salam semua...aku harap korang masih setia baca blog aku ni..Alhamdulillah sehingga sekarang aku berupaya lagi untuk mengupdate blog aku ni...Hehe, bukan senang nak update blog ni kalau kita tak minat..Tambah lagi kekurangan idea dan tak tahu cara menulis di blog yang bagus untuk menarik minat pengunjung supaya teus bertandang di blog aku...haha...


Aku juga manusia lemah, manusia mudah lupa dan mudah melakukan kesilapan tetapi aku rasa teguran ini bukan hanya untuk diri aku, tapi untuk para blogger sekalian juga tentang pentingnya cara penulisan kita...Terdetik hati aku nak membuat teguran tentang sesetengah blogger yang mengambil jalan mudah untuk menaikkan traffik blog mereka dengan cara membuat entry yang berbaur lucah, memang la nak share mende yang pelik orang buat kan? tapi tu la realiti sekarang...dorang buat letak iklan nuffnang, kalau blog dorang dapat unique visitors yang banyak hasil dari entry lucah tersebut, dan dapat earning pun disebabkan entry lucah itu, maka income itu haram...


perghh..aku taknak duit aku dapat dari bisnes aku, blog aku dan mana-mana sekalipun tu adalah haram...bila haram rezeki tak berkat, bila tak berkat, ilmu susah masuk/hati tak terang..dan aku pelik dengan keberanian sesetengah blogger, ingatkan lelaki je yang buat entry macam lucah sikit ni...tapi rupenye perempuan pun sama..kamon la..banyak lagi cara nak up traffic...buat blog pasal isu terkini, informasi bisnes,info cinta menurut Islam, info cara dapat kerja bagus ke..banyak lagi mende lain boleh tulis..aku akui memang banyak kalau kita search kat internet, mesti kuar ayat pelik2.. search aje perkataan melayu atau apa2 aja..memang keluar website XXXX tu...dan macam2 lagi...Apa yang aku maksukan lucah tu?? contoh macam ni la tajuknya, basuh kereta separuh bogel..lepas tu tunjuk gambar perempuan tu separuh bogel betul..alahai...

Aku search budak2 pun kuar video budak2 bohsia..apa cer ni????
Klik untuk besarkan


Macam mana sekiranya anak-anak kita nanti terlihat entry bersifat lucah ini?apa tindakan anda?Bagi je ke anak tu baca entry lucah tu?Ingat, pemikiran seseorang itu boleh tercemar kerana melihat mende2 macam ni....Hmmm, Kalau banyak blog jenis macam ni, alamatnya rosak la rakyat malaysia ni...

Masa depan kanak-kanak bergantung kepada kita



blog bersifat ilmiah,keagamaan pulak jarang aku nampak..ada pun sikit saja...Blog jenis ini banyak informasi, cuma mereka hanya post saja entry mereka, tapi mereka tidak mempromosikan blog mereka..amat sayang sekali blog begitu.....aku pun cuba untuk suntikkan informasi keagamaan disamping informasi lain...Sekali lagi, aku akui aku ni manusia lemah,manusia yang banyak melakukan kesilapan,manusia mudah lupa diri....Aku buat entry ni supaya memberi peringatan kepada diri aku dan blogger lain supaya buat post yang berfaedah, dan mampu memberi manfaat kepada semua orang...Ini bukan kutuk2,tapi peringatan supaya buat entry tu jangan tak pakai otak..

P/s : Dulu pun aku pernah fikir nak wat entry teguran ni, tapi masih terkawal lagi sebab aku jumpa baru 1..tapi ni dah sampai tahap 5 blog aku jumpa sepanjang blog walking ni apa kes ni...haish...Nak share kat facebook, click button facebook dibawah dan tekan share



http://tinyurl.com/affiliatenew

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...