Sponsored Advertiser

Translate to Your Language

English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic

Tuesday, August 24, 2010

Budak 7 tahun dapat RM749,903 dalam 30 minit

Sangat terpegun dengan budak ini...huhu..apa yang menarik sangat tentang lukisan budak ini?aku pun tak dapat duit RM749,903 tu dalam masa 30 minit...hmm...baca kisah selanjutnya disini....


GAMBAR menunjukkan Kieron Williamson melukis di rumahnya di Holt, Britain baru-baru ini.



HOLT, Britain - Seorang budak lelaki berumur tujuh tahun, Kieron Williamson mendapat £150,000 (RM749,903) dalam tempoh 30 minit dengan menjual 33 lukisan yang dihasilkannya, lapor sebuah akhbar semalam.
Jualan lukisannya pada minggu lalu telah menarik ramai pembeli sejauh Arizona, New York dan Afrika Selatan dengan beberapa orang lagi membida dengan menggunakan telefon dari seluruh dunia.
Satu pasangan dari Philadelphia, Amerika Syarikat (AS) sanggup berkhemah selama dua hari di luar galeri di bandar Holt, Norfolk bagi memastikan mereka hadir pada pameran lukisan ketiga budak tersebut pada Jumaat lalu.

Antara gambar yang dilukisnya termasuk lukisan cat sebuah gereja, itik dan lukisan air beberapa nelayan memunggah hasil tangkapan.
Pada musim panas lalu, semasa berumur enam tahun, dia mengadakan pameran lukisan pertama dengan 19 lukisannya terjual dengan hasil jualan £14,000 (RM70,007).
Bakat Kieron dikesan dua tahun lalu apabila dia mewarnakan gambar dinosaur oleh ibu bapanya.
Namun, pada satu percutian, dia mula menghasilkan lukisan bot di dalam air selepas dibawa ke pelabuhan.
Ibu bapa Kieron kemudian mendapatkan pendangan pelukis tempatan dan pemilik galeri dan mereka mengesahkan Kieron mempunyai bakat untuk mencampurkan warna semasa melukis.

p/s : kalau budak 7 tahun boleh dapat duit banyak tu, kenapa kita tak boleh kan? tak mustahil rasanya.. : )

sumber : http://gambargambarpelik.blogspot.com/2010/08/budak-7-tahun-dapat-rm749903-dalam-30.html





Blogger Templates
Blogger Templates

4 comments:

Gen Fujita said...

itulah seni, pelik tapi benar. sebenarnya kalau ibu bapa kat sini nak try buat macam tu pun boleh, lukisan anak2, jual kat ebay, tengok berapa boleh dapat

Abhamz said...

salam, minat dan hobi seseorang adalah tidak sama antara satu sama lain, kalau betul cara dan masanya seseorang akan senasib dengan budak tersebut....yang penting kita harus mencuba.

!.~@Dark Kurosaki@~.! said...

haha...tapi seyes..ini menaikkan motivasi lagi...Kalau dapat fikirkan cara untuk jadi kaya tu, memang best la...

Dairy Liyana said...

Rezeki die dgn lukisan.. rezeki kite xtau lg.. nice post.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...